9 Sebab Hati Tidak Tenang
Assalamualaikum..hye.. hello dan anyeonghaseyo !! alhamdulillah bertemu kita kembali dengan entry terbaru hehehe.. Entry kali ni sha nak kongsi tentang 9 sebab jati tidak tenang..so jom take a note !! Sebab hati tidak bahagia kerana adanya mazmummah di dalam hati.. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :- 1.Pemarah. -Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang (siapalah nak dekat kalau asyik nak marah sajakan ?? bawak-bawaklah senyum..tentu orang tidak takut nak dekat punya kan?? ) 2.Pendendam. -Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencaricari peluang untk membalas dendam..hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakit hati atau tempelak orang yang didendam itu.Sebab itu orang pendendam mudah sakit hati..hihihi (ini kes dendam kesumatlah ni..) 3.Hasad dengki. -Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki ni taw korang ..) 4.Bakhil. -Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan,pangkat dan lain-lain dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..macam tu jua ilmu yang kita perolehi..) 5.Tamak. -Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.Walau berapa banyak yang diminum..tetap tidak habis juga..( lagi pun orang tamak ni selalu rugi..btul tak ?? ) 6.Tidak sabar. -Andai perkara yang kcil pun tidak boleh bersabar..apatah lagi hal-hal yang lebih besar... (so kita mestilah banyak-banyakkan bersabar bila menhadapi dugaan...) 7.Ego. -Ibu segala mazmummah ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin... (ehemm..yang ini no komen..heheheh ) 8.Riak. -Tersesaklah diri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakon-lakon di depan orang (erm....lebih dikenali macam hipokrit gitu..) Jika ia dipuji..ia akan menambahkan amalanya tetapi jika dikeji..ia akan mengurangkan amalnya.. (Allah marah kalau kita riak..ingat to wahai sahabat..jadi takabburlah dengan ita ada ya?? ) 9.Cinta dunia. -Tidak dapat menderita..dapat pun menderita..kerana apa ?? kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.Berhatalah tidak mengapa..tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu..( iyelakan..bila mati kita cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah saja kan ?? ) So.. wahai sahabat semua..ingat tu..jagalah hati korang dengan sebaik mungkin ya..kbye !! |
Little Kitten's