Bicara Tentang Rindu
Alhamdulillah diberikan juga peluang oleh Allah taala untuk sha postkan entry yang terbaru..
So kali ni entry sha ialah mengenai 'Bicara Tentang Rindu'..
Baiklah..para perjuang Allah taala yang mencintai Tuhannya pasti akan merindui syahid. Seorang suami yang mencintai isterinya pasti akan merindui isterinya jika berjauhan.Begitulah seterusnya... Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang.. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga.. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh syarak... Bukan semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikan..kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu... Rindu seperti yang kita ketahui..ia merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta.. Maksudnya..bila cinta mekar..maka rindu akan hadir secara tidak langsung.. Rindu juda adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.. Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan'an (sumber-sumber yang sha telah temui dan baca) seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain..akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahdah yang dilakukannya... Selain itu..al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu : " Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid Akhirat ". |
Little Kitten's