12 Sifat Sahabat Sejati
12 sifat sahabat sejati : 1.Jika engkau berbuat bakti kepadanya,ia akan melindungimu. 2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,ia akan membalas baik persahabatan itu. 3.Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,ia akan membantumu. 4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,ia akan menerima dengan baik. 5.Jika mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menutupnya. 6.Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,ia akan menutupnya. 7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,ia akan mengusahakannya. 8.Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta ),ia akan menanyakan kesusahanmu. 9.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,ia akan menringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu) 10.Jika engkau berkata kepadanya,nescaya ia akan membantumu. 11.Jika engkau merancangkan sesuatu,nescahaya ia akan membantu. 12.Jika kamu berdua berselisih faham,nescahaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. |
Little Kitten's