J U S T S M I L E

ENTRY ABOUT BFF PHOTO FACEBOOK TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW

12 Perkara Penting Tentang Cinta

Assalamualaikum..hye hello dan anyeonghaseyo !!
Uk kali ni sha memang sengaja nak petik topik ni untuk di jadikan entry...hehehe so korang jangan marah ye..:face15:

12 Perkara Penting Tentang Cinta :

1.Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta ?? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2.Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya,tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa korang telah jatuh cinta.

3.Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4.Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5.Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 watna memukau saat bayu berlalu riang,tika itulah cintanya hadir.Apabila mata terlihat seorang yang bakal mewarnai hidupnya.

6.Cinta bukan paksaan.Ia lahir dari dua perasaan,kehadirannya tidak diundang,perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengerti.

7.Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8.Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar menghina diri tetapi menghembus kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9.Apakah sebenarnya cinta itu ??  Cuba katakan tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dua hati dalam satu debarn.

10.Cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

11.Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang,disaat kita sedang kehilangnnya. Dan kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita,disaat kita amat memerlukannya.

12.Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci,manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati.Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi,cinta suci atau cinta sejati.