J U S T S M I L E

ENTRY ABOUT BFF PHOTO FACEBOOK TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW

Rahsia Untuk Menjadi Isteri Solehah

Bagaimana mahu menjadi wanita atau isteri solehah ?
Adakaha perlu warak (kuat beribadat),memakai purda atau pandai membaca al-Quran ?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghiburkan dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan,kemanjaan,dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap..*sweetkan?*
Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah.Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami,mereka boleh menduduki carta itu..
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek berjenama mahal yang berharga ratusan ringgit..
Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasi sepasang matanya..
Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya..
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih..
Malah aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi...

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat.Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi..
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan,mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah..

Oleh itu..isteri perlu memahami,walau setinggi mana pangkat,kedudukan,harta dan darjat mereka..jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami.Senyuman,kemanjaan,pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama suami...
Rasulullah s.a.w penah bersabda bahawa.."isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suaminya melihat kepadanya.." 
Lots of love,
scha..