Bersyukurlah
Ketahuilah dan rasailah nikmat Allah yang ada pada kita..Sesungguhnya mengetahui dan mengenal nikmat merupakan nikmat di antara rukun utama dalam bersyukur..
Well entry kali ni adalah sebagai perkongsian semata-mata untuk saling mengingati sesama manusia..bak kata pepatah.. "sharing is caring" tak gitew ? hehehe
Actually bukan apa..tetiba sha rasa nak update pula tentang nikmat setiap pemberian Allah pada kita..
My mom always remind me tentang nikmat Allah..
Kadang-kadang..kita tak perasan yang diri kita dalam keadaan riak,bongkak,takbur,sombong,berbangga diri sampaikan kita alpa,lena dengan setiap pujian,setiap kesenangan,setiap kecantikan,setiap kekayaan, yang di taburkan seperti bunga-bunga yang berguguran banyaknya..
"Seperti bunga-bunga yang berguguran" hanyalah andaian sha sendiri dan mungkin masuk dek akal juga..
ianya bermaksud : segala pujian,kecantikan,kesihatan,kekayaan,kesenangan adalah nikmat Allah yang jatuh berguguran banyak untuk di berikan kepada hambanya..apabila penuh dengan alpa,leka,dan terlalu lena akan nikmat Allah..maka pastinya bunga itu akan layu..hilang kecantikannya,hilang segala-galanya kelak.. am i rite?
Maka hendaklah kita bersyukur segala nikmat dan kurnia yang di berikan oleh Allah..supaya ianya kekal dengan kesucian dan kesyukuran hendakNya..
Yes! Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat yang di beri ..
Yes! Bila-bila masa sahaja Allah boleh kembalikan semula nikmatnya kepada kita..
"Barang siapa yang tidak mengetahui nikmat Allah selain makan minumnya,maka bererti ilmunya adalah sedikit dan azab telah menimpanya" ![]()
scha..
|
Little Kitten's