J U S T S M I L E

ENTRY ABOUT BFF PHOTO FACEBOOK TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW

Tips Penjagaan Kulit Wajah

Assalamualaikum..hye..hello dan anyeonghaseyo !!blogger-emoticon.blogspot.com
Korang pernah terfikir tak..yang sebenarnya..buahan-buahan yang selalu kita makan boleh dijadikan sebagai bahan kecantikan untuk kulit ??
Ianya lebih baik dan tidak memudaratkan kulit korang dari pelbagai bahan redikal yang kurang sihat... 
Ini kerana.. buah-buahan mengandungi ekstrak vitamin semula jadi..dan diperkaya dengan vitamin yang sihat untuk digunakan pada kulit..:face40:
Selain itu..penggunaan buah-buahan sebagai masker semulajadi dikatakan boleh menjelitakan wajah..Wow !! korang tentu sukakan??:face9: hehe
Baikalah..selain untuk dimakan..buah-buahan juga mempunyai pelbagai function untuk dijadikan bahan kecantikan.. 
So..jom kita lihat tips-tips yang berkesan dengan menggunakan buah-buahan..

Buah Epal dapat menghindari kulit berminyak
-Setengah biji epal (apa-apa jenis pun boleh..janji epal)
-Hancurkan setengah biji epal sehinggah halus.
-Jadikan sebagai masker dan sapukan rata ke seluruh wajah.
-Biarkan 20minit sebelum mencucinya dengan air suam..diikuti dengan air sejuk supaya pori-pori terbuka dapat ditutup.
-Untuk hasil yang memuaskan,lakukan sekurang-sekurangnya..seminggu sekali

Buah Strawberi dapat mencerahkan dan melembapkan kulit wajah
-Buah strawberi kaya dengan vitamin C yang mampu mencerahkan kulit.
-Ambil 3 biji strawberi dan hancurkannya bersama satu sudu teh madu.
-Oleskan di seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit.
-Apabila masker hampir kering,gosok dan gerakan melingkar bertujuan menanggalkan sel-sel kulit mati dan melancarkan peredaran darah.
-Basuh muka dengan air sejuk.
-Lakukannya seminggu sekali.Kombinasi strawberi sebagai agen pencerah dan madu untuk melembapkan wajah.

Buah Tembikai dapat menyegarkan wajah dari panahan mentari
-Tembikai kaya dengan zat astrigent .Zat ini berkhasiat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah daripada sinaran terik matahari.
-Bagi korang yang kerap melakukan aktiviti luar..tempelan hirisan nipis tembikai selama 20 minit boleh menyejukkan wajah.

Buah Lemon dapat menanggalkan sel mati 
-Jika sebelum ni korang menggunakan scrub..untuk menanggalkan sem mati pada wajah bertukarlah ada lemon..kerana tindak balasnya lebih natural.
-Kaedah ini berkesan menanggalkan kekotoran serta sel-sel mati pada wajah dan leher.
-Rendam hirisan nipis lemon dalam air panas.
-Cucuk kulit lemot dengan garpu untuk mendapatkan ekstraknya.
-Biarkan sehingga air menjadi suam dan cuci wajah dan leher korang dengan air to..
-Keringkan muka dengan tuala bersih,lembut dan kering.

Buah timun dapat menyerikan wajah
-Mendapatkan kulit putih berseri bukanlah perkara yang sukar sekiranya korang rajin dengan rutin baru ini setiap malam.
-Ambil sebiji timun hancurkan bersama susu segar.
-Sapukan pada seluruh wajah .
-Apabila kering,cuci muka dengan air sejuk.
-Kesegarannya pasti membuatkan tidur korang lebih nyenyak !

Jadi..apa tunggu lagi..jom cuba !!
Untuk tips yang seterusnya.. sha akan berkongsi bersama korang pada next entry ya..?? kbye:face39: