J U S T S M I L E

ENTRY ABOUT BFF PHOTO FACEBOOK TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW

Khasiat Buah Pisang

Assalamualaikum..hye..hello dan anyeonghaseyo.. !! :face40:
Tahukah korang pisang mempunyai pelbagai khasiat..
Selain itu.. pisang sangat bagus untuk penghadaman tubuh badan..
Pisang merupakan kurniaan alam semulajadi yang lengkap dengan vitamin penting,galian,gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga selain rasanya yang enak !!:face26:(nyum..nyum)
Dan tahukan korang..dalam bahasa biasa pisang ialah pisang..manakala pisang dalam bahasa saintifik dikenali sebagai Musa Paradisiaca ..

Baiklah.
Buah pisang adalah antara buah-buahan yang kaya dengan mineral serta kandungan vitamin yang tinggi.
Pisang juga amat berguna dalam melegakan Stress. 
Jadi kepada kawan-kawan yang selalu sangat stress..apa kata korang cuba makan pisang sebagai maknan tambahan korang..ia dapat membantu mengurangkan stress korang..:face9: hehehe
Selain itu,pisang mengandungi vitamin c..bukan sahaja membantu sistem imunasi malah menggalakkan kulit yang sihat menawan..Oleh itu..kepada golongan wanita yang sentiasa menjaga kesihatan dan kecantikan.. di sarankan mengamalkan penggunaan pisang dalam harian..  (boleh jadi nak juga macam snow white) hehe..
Sebagai sumber buah-buahan yang mudah diperoleh di serata dunia serta harganya yang murah..pisang sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya bermula daripada kulit hingglah kepada isinya.. :face39:

Antara khasiat pisang ialah :-

Darah tinggi dan strok.
-Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi

Kolestrol.
Pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendahkan kolestrol

Ciri-birit.
-Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuat merawat cirit-birit.

Anaemia.
-Ialah penyakit kurang darah.Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi,ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan.
-Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang.Ini kerana kandungan sejenis protein membantu menjadi tenang.

Pening-pening.
-Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum susu pisang kocak (Banan milkshake) yang dicampur madu.Minuman ini bukan saja merawat malah sedap !!:face26:

Meredakan ketidakselesaan perut.
-Kita sering mengalami masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tidur..Beberapa hirisan pisang atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan dan menenangkan perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.

Hindari stress.
-Pisang mengandungi potassium yang tinggi mampu membantu mengembalikan kadar potassium dalam badan kepada paras normal.Degupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.

Merangsang otak.
-Hasil penyelidikan mendapati potassium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati.Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga.Ia mungkin membantu.:face40:

Kurangkan rasa mual.
-Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang.Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

A.W.A.S : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis.Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.Terdpat 25gram gula setiap 126gram pisang (19.85%).
Jadi kepada makcik,pakcik,atok,nenek dan yang sama waktu dengannya..yang mengalami kencing manis to...korang tidak digalakkan makan pisang yer.. jaga diri uk.. hehehe:face12:

INFO :
-Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
-Jikan korang digigit nyamuk..cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
-Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

Oleh itu korang haruslah mengamalkan pisang untuk penjagaan kesihatan..ye.. 
Kepada yang gemar memakan pisang seperti sha ni..terus-teruslah mengamalkannya.. pisang juga boleh menghindarkan diri daripada kanser taw..
Selain meggunakan dan memakan pisang untuk penjagaan kesihatan..pisang juga turut digunakan untuk kecantikkan ... So kepada yang inginkan tips kecantikkan dengan menggunakan pisang..next enrty sha akan kongsikan dengan korang ok ?? 
Jangan lupa amalkan memakan pisang ye.. kbye:face39: